Saturday, November 21, 2009

Kuantan bukan Quanthan

Kuantan, aku tak pernah pun pergi dengan family aku. tiba2 aku dapat kawan yang berasal dari kuantan. Bila masuk UDM, tiba2 juga aku bersahabat baik dengan dia.siapa dia? Ejah la. Tiba2 juga dah merancang nak pergi berjalan2 di Kuantan sejak sem 1 lagi. Tiba2 juga rancangan yang dirancang, tak pernah pernah jadi.


Tapi impian selama 5 sem pun menjadi kenyataan. Akhirnya setelah pre-merdeka iaitu selepas habis paper software testing, pergi bersuka ria di Kuantan selama 3 hari 2 malam. Ingat macam dah habis exam terus sebab next paper iaitu etika, perancangan strategic dan komunikasi tak payah belajar pun tak pe. Bajet boleh menggunakan akal pikiran logic sahaja menjawapnya. Aminah Poh, Sila jeles kami ke Kuantan bersuka ria.sape suruh kau balik Johor awal sangat

Siapa yang terlibat dalam agenda ini : ong, pemandu yang sangat berhemah lagi baik hati, ejah; co-pilot, penunjuk arah di Kuantan merangkap tuan rumah, maj; yang banyak tidur dan tukang ambil gambar dan haziqah; yang asyik melayan emosi



Kau tahu, aku ni ada kena sumpah kot dengan pantai timur ni. Ada je benda yang tak kena dengan orang pantai timur dengan aku. Sebab masa kat Kuantan, aku terima berita sedih.eh actually berita gembira untuk orang lain.Tapi aku suka je orang pantai timur dan keadaan pantai timur tu. Dah aku malas mahu cerita yang tak baik, cerita yang baik sahaja. Tapi Siapa orang pantai timur Malaysia, sila ngorat aku sebab aku nak kahwin dengan orang pantai timur.lalala



Sampai di tempat kediaman peranginan(rumah ejah lol) di Kuantan disambut mesra oleh kanak2 riang yang sangat gembira dan mesra dengan kedatangan kami. Anak buah ejah yang sungguh ramai dan comel2 belaka. I like kids.cepatla ada anak, bakal suami pun x de T_T


Destinasi pertama, kembali ke zaman dinosaur setelah dipujuk2 oleh kanak2 comel untuk pergi ke sana. Aku tak suka binatang jadi tak teruja sangat lagi2 dengan binatang yang tak hidup. Kena bayar masuk RM 6 bertempat di Yayasan Pahang. Well boleh tahan la sebab dapat bergambar dengan dinosaur dan boleh melihat bagiamana robot dinosaur beroperasi. Dan ada satu mesin bergambar yang boleh tangkap gambar kita, kemudian send ke e-mail.terhasillah gambar gedik seperti di atas


Budak2 sila pulang ke rumah, sebab anak2 muda remaja mahu bercanda di Teluk Cempedak. Teluk Cempedak sangat cantik. Gila cun la macam pantai kat Port Dickson. Eh PD cantik kah? Tapi at least lagi cantik la dari Tok Jembal yang ombaknya menggila sekarang ni dan Teluk Ketapang yang penuh dengan pembinaan. Sakit mata taw tengok pembinaan ni. Di Teluk Cempedak adalah sesi penggambaran tertutup dan posing gedik sambil menikmati panaroma pantai yang indah.


Kat situ banyak monyet.awwww scary. I takut monkey or apa2 binatang hoho. On the way nak balik tu, ketika monyet2 senang berseronok bersama keluarga masing2, ada seekor anak monyek tersekat di jambatan kayu laluan monyet. Semua monyet2 pun bising la dan si bapak monyet pun cuba menjaga kawasan sekelilinhg supaya anak monyet diselamatkan. Tapi kami tiba2 tak paham sebab ada sorang pakcik ni tiba2 mahu menakutkan bapak monyet dan mahu menghalaunya. Kenapa pakcik itu berniat jahat? Pakcik tu tak kesian ke kepada mak monyet yang sedang cuba menyelamatkan anak monyet tu? Rupa2nya kami bersangka buruk, pakcik tu mahu menyelamatkan anak monyet yang tersekat. Kami berasa lega anak monyet berjaya diselamatkan. Tapi sekali lagi, kami berasa marah dengan pakcik tu sebab dia menculik anak monyet tu dari ibunya. Heypakcik, tak tahu ke perasaan macam mana kalau anak sendiri kena culik orang.sedih melihat kejadian tersebut


Malam pula makan di kedai ikan bakar yang terkenal di Kuantan. Sedap ikan bakarnya masak petai.walaupun petai tu busuk tapi sedap dimakan tapi aku tak makan pun petai, amik bau je.masa tu jugak ada budak2 sekolah teknik buat dinner. Dan kami juga dihiburkan dengan teletah kanak2 yang comel yang makan kat situ jugak dengan mak bapaknya.rupa2nya keluarga tersebut pun sedang bercuti Kuantan dan mereka berasal dari KL

Kemudian balik dan kembara mimpi bersama keluarga sambil tengok movie ghost rider di Astro

Esok pulak jalan2 shopping di Bandar Kuantan. Berjaya Megamall dan East Coast Mall. Kan seronok kalau Kuala Terengganu ada shopping mall macam ni. Bahagia hidup :D


Dan juga melepaskan gian makan kek di secret recipe setelah kempunan sejuta tahun :p


Dinner di Santai Restaurant. Cantik gila tempat ni. Kalau kau pernah pergi Bora Ombak atau Bora Asmara, lebih kurang macam ni lah restorannya. Tapi penuh gila, sampai kena mengunggu giliran untuk makan.padahal masa tu baru pukul 8pm lebih. Aku makan lamb chop sambil berdebat dengan Ong yang mengatakan lamb tu lembu. Lamb kan kambing ..apa la..

Esok pagi pulang ke pangkuan UDM tercinta. Tapi yang pasti, kena la singgah mesra mall untuk beli Big Apple Donut yang takkan jemu dimakan

p/s : aku menyampah kalau orang eja QuAnThaN macam ni. Gedik gila, bajet hot la

Monday, November 16, 2009

bila laptop di format

its been so long..long..that i havent see you again..i mean my blog..huh..lama betul tidak mengupdate blog. Tarikh akhir mengupdate blog adalah pada 5 nov, iaitu 10 hari yang lepas. Sebenarnya memang nak update pun blog, sebab saya tahu silent readers saya mesti kecewa sebab saya tak update2 lagi. Buka ‘aunieZ’ je, pasti tiada cerita baru. Bajet macam busy sangat la..padahal busy main game je *wink*

sekarang ini pun malas mahu bercerita lagi, sebab laptop batu diformat. Tak boleh nak edit gambar lagi sebab photoshop kesayangan tak install lagi..waaa..mana boleh hidup tanpa photoshop. Perisian @ software yang mesti ada dalam laptop Haziqah : photoshop ( untuk saya mengedit gambar dan meletak logo auniez), photoscape (edit2 gambar konon buat gambar lagi cantik dengan effect), notepad (tulis blog untuk draf dulu), windows media player (nak dengar lagu), Real Player nak tengok Nur Kasih dan pastilah Mozilla firefox untuk baca blog, main facebook dan permainan di dalamnya. Yeah internet explorer sudah boleh digunakan, tapi Google chorme masih tak boleh install lagi..sedih T_T

belum mencuba lagi menginstall YM. YM dulu pun tak boleh install sebab entahlah ada masalah dengan firewall katanya. Kaspersky pun belum install juga. Mahu membeli dari junior luqmanmaat tapi mcam kasihan pula sama dia yang ada exam database tak lama lagi, ke dia tak ambil database?

Saya ada satu lagi paper sebelum menghabiskan semester 5 dengan jayanya. Jaya kah? 19 november 2009, Etika, Komunikasi dan Perancangan Strategik.bajet paper ni senang sebab boleh bersuka ria 3 hari 2 malam di Kuantan.Kita tengok result nanti..aiyoo sangat takut woh, harap2 lulus semua subjek dan tak perlu mengulang lagi

Macam2 mahu cerita, er..macam2 ke..boleh la..next time la saya bercerita lagi ek. Kisah cuti-cuti Malaysia di Kuantan dan permainan di facebook yang buat saya dan roommate, Izzati addicted haha

Bak kata cik dnie, kalau ada teknologi yang bila kita sudah mengarang di otak terus update dalam blog, memang setiap hari blog ni akan diupdate. Kalau tak save draft je la dalam otak

Perasaan sekarang : bercampur baur, tak pasti sama ada sedih,marah, kecewa, gembira, teruja, cemburu atau…

Ada orang dah nak tunang tak lama lagi. Saya gembira untuk dia dan pasangannya. Bagus lah sudah ada perancangan ke arah itu . semua kawan2 dan orang di sekeliling mereka pasti gembira jika mereka bersatu. Jadi saya pun harus tumpang gembira juga bukan? Tak perlu nak dengki dengan orang yang bahagia

Lagu dedicate pada orang itu
Rossa – Aku bukan untukmu
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu, pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lah lagi kau mengingatku kembali, AKU BUKANLAH UNTUKMU
Meski ku memohon dan meminta hatimu, jangan pernah tinggalkan dirinya untuk diriku

Lagu orang itu dedicate pada saya ( rasanya la..)
Irwansyah - Camelia <-- tukar kepada Auni :p
Kau wanita terhebat, yang pernah singgah di hati ku
Sudahlah jangan menangis lagi,Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti kau temui cinta yang sejati
Sudah cepat lupakanlah aku, jangan ungkit masa lalu


saya tak putus cinta pun sebab tak bercinta

Thursday, November 05, 2009

Masalah yang timbul ketika musim peperiksaan tapi sudah bermula sejak minggu study week


Study week
untuk apa kawan2? Untuk belajar la..nama pun STUDY WEEK. Jadi sudah tentu la minggu untuk belajar dan catch up apa yang tertinggal. Tapi untuk sesetengah orang macam saya, study week adalah minggu untuk bersenang lenang. Eh bukan..kali ini tiada masa untuk bersenang lagi.. bukan saya sahaja, malah teman2 seperjuangan lain pun bergitu juga.…bermulanya ragam kehidupan seorang pelajar universiti semasa musim peperiksaan

1. Minggu study week yang lalu (sudah minggu, guna week lagi), banyak kelas yang diganti. Saya punya kelas ganti sikit je , tipu je ni.tapi mereka yang lain sangat kasihan apabila study week mereka diganti dengan kelas yang tak berganti oleh lecturer2 yang hendak menggantikan kelas yang sangat banyak (apa punya ayat ni).tapi kasihan juga kepada saya sebab kena buat assignment yang banyak dan masih tertunggak samapai sekarang ni.haa..kantoi tak siap assignment lagi

2. Musim sejuk sudah kembali ke UDM. Cuma salji je tak turun lagi. Kalau ada salji, confirm semua orang terpaksa membeli baju sejuk yang tebal dan berbulu untuk dipakai ke dewan peperiksaan. Angin pantai yang berhembus kencang memang boleh menerbangkan makhluk2 yang cikeding. Study di UDM ini mencabar tahu. Bila tibanya musim sejuk, pening la kepala memikirkan macam mana mahu menyidai baju kerana matahari seperti malu-malu untuk memancarkan sinar saktinya. Bilik pun sudah penuh dengan baju tergantung sini sana, macam dobi percuma pula.

3. Bila tiba musim sejuk, bukankah perkara biasa untuk berhibenarsi. Tengok lah beruang kutub yang berhibernasi semasa musim sejuk.betul ke? Haha Bila baca nota sikit, diri tergoda dengan kesejukan dan kedinginan katil dan bantal yang memang mengaruhkan diri untuk ketiduran. Habis macam mana nak study gini?

4. Bila sejuk juga, semua orang pun mengisytiharkan diri mula cepat kelaparan. Sebab tambahan: nak menjawab peperiksaan, kena menggunakan otak, makanya kenalah makan banyak. Saya pun tak tahu kenapa selera saya semakin bertambah2 . mungkinkah kerana sudah semakin bahagia dan tak makan hati lagi.sampai TTM kata saya sudah tembam balik..waaa..tidak..nanti tak muat da semua baju balik macam mana. . bukan saya yang berperangai begitu semasa musim peperiksaan ini. Evi Lolyta, majdah, ong, ejah pun sama jugak. Ada satu kali keluar makan di bazar, saya makan : burger King dan roti canai, Maj makan : nasi goreng dan roti telur, ejah makan : mee goreng dan roti telur, Ong makan : nasi lemak ayam dan roti telur.semua makanan sudah jadi double. Makan double = duit keluar pun double.Duit claim tak dapat sepenuhnya lagi :p

akhir kata,study kuat2,study molek, jangan malas2 taw! yang penting sekali, jangan plagiat jawapan kawan semasa exam! HAHA <-- plagiat gelak chika :D

isu plagiat di blog Chika..mantap woh story ini..dulu si cantik Hanis Zalikha, kali ni si manis Chika

wooh..senior Azrul mantop juga membuat software mengesan plagiat dalam source code..habis la kalau lecturer FIT memanfaatkan sume ni.adeh :p

Saturday, October 31, 2009

kami suka buat program semasa study week supaya belajar tak de la tension sangat


22 Oktober 2009 @ belakang blok Umar n Uthman

sekali lagi, kami diberi tugas oleh Dr Fadhilah Ahmad, pensyarah subjek Etika, Komunikasi dan Perancangan Strategik kami untuk mengadakan majlis jamuan hari raya.walaupun bulan syawal da habis tapi kami tetap nak buat jamuan raya.bukan raya deepavali pun sebab tak de orang india dalam majlis kami.



Dr Fadhilah ni memang terkenal dengan sifat pemurahnya sebab majlis ni disponsor 100% oleh beliau..banyak tu dia sponsor..alhamdulillah moga rezekinya bertambah dan berlipatganda. contoh yang baik bagi aku untuk tidak lokek bersedekah sebab tak rugi pun sedekah ni. Lagi2 kalau bagi orang makan dan suka hati


Sebelum majlis tu actually, kami sekelas ada presentation untuk projek web programming. Kebanyakannya tak tidur pun malam tu untuk menyiapkan projek tapi demi subjek etika, kami gagahkan diri juga


Yaw kelam kabut jugak la sebab tak cukup kakitangan pada mulanya sebab semua duk sibuk dengan presentation. Tapi kemudian semuanya berjalan lancar dan makanan pun terlebih sebenarnya. dah la makan sedap2 belaka.nasi tomato, laksa terengganu n laksa johor, air gas :))

Seronok la buat open house ni melayan lecturer dan para tetamu khasnya dari PTM.

Dinner FITS,23 Oktober 2009 @ Poolside, Riyaz HeritagE



Majlis meraikan senior2 ku yang bakal praktikal semester depan. Tapi ada senior yang tengah praktikal pun turun juga untuk dinner tu seperti kak laele, kak fiza.



Meriah sungguh majlis tu..sebab color yang menarik dengan tema hitam putih merah..tak de acara sampingan selain ucapan dekan :)

Bowling FITS, 29 Oktober 2009 @ KT Bowl , Astaka


Patutnya pertandingan bowling ni terbuka untuk semua student FIT tak kira diploma atau degree tapi kepelikan pertama berlaku di sini sebab tak de penyertaan dari student diploma pun. Adakah mereka tak tahu atau memang tak nak join sebab tengah berusaha bersungguh2 mencapai kejayaan di final exam kelak?


Kalau nak tahu,tak nak tahu pun nak bagitahu jugak, ini kali ketiga aku bermain bowling. He bukan suka sangat pun main bowling ni.masuk pertandingan pun sekadar suka2 dan mahu berseronok.apa gila kau nak berseronok time exam sudah around the corner. Kalau around the window ke boleh la nak bersuka ria


Dah nama pun baru main 3 kali, baling pun confirm2 bola masuk longkang sokmo. Pada mulanya, markah aku la paling rendah tapi lepas tu dah pandai main sikit. Ada la beberapa kai strike anda spare beb. Tapi masih tak boleh nak mengalahkan si pawi la..nama pun juara kan


Seronoknya main bowling ni sebab dapat beramah mesra dengan junior yang kacak2 :p adeh..da junior perempuan tak de, macam mana nak beramah mesra dengan mereka

kepelikan kedua, sebab team lelaki je menang n conquer semua hadiah hamper..mana aci !! kalau lelaki lawan perempuan, confirm2 la lelaki menang..mana leh lawan kekuatan lelaki kan .sob2 kalau tak, team aku mesti da menang satu hamper he

Sunday, October 25, 2009

menang penalti tak aci la

tak suka tengok bola bila last sekali ada penalti nak tentukan sape yang menang
sebab ketensionan yang sangat memuncak bila tengok team kegemaran tak dapat masukkan bola dalam gol


tension2..!!!

haha macam ni ke perempuan tengok bola

selangor vs Terengganu, 24 Oktober 2009
eleh Terengganu menang penalti je 5-4
saje bagi chance kat Terengganu
takut penyu menangis kat tempat sendiri hehe


sumber gambar : berita harian

tengok that match kat cafe baru, UDM
most of them, of course la Terengganu supporters
masa penalti, aku dan syahila Amira je sokong Selangor kot
kitorang berdua je tepuk tangan dan bergembira bila Selangor masukkan gol
tapi bila miss satu gol...waaaaaa...tensionnnnn..!
lagi tension bila Terengganu menang

haha tak kesah pun sebenarnya.adat lah... menang kalah.... adat pertandingan
cuba lagi Red Giant..! eh..cop..Red Giant tu Selangor ke MU? hoho

suka lah orang itu, Terengganu menang.bluek :p

cuba bayangkan apa jadi kat cafe semalam kalau Terengganu kalah? :p

entri pertama pasal bola..ini semua gara2 orang kuat Terengganu tu haha

Monday, October 19, 2009

My best friend's wedding.eh bukan..my best friend punya abang punye wedding

sangat penat tak terhingga bila balik hari je dari terengganu-KL-Terengganu dengan menaiki bas.bukan kapal terbang ok!



penat2 pun masih gembira dan enjoy sangat.seperti tajuk di atas,saya sangat gembira dan enjoy di majlis perkahwinan abg arif and kak nor evanna. p/s: abang arif is sabir's big brother


mereka adalah pasangan suami isteri yang sangat sepadan, sama cantik, sama kacak.and perfect combination since abang arif is anak sulung and kak nor is anak bongsu

pulang ke shah alam bersama2 kak asmaa salsabila, then ambil aizat and mimi from ukm kat kat komuter shah alam.bila dua orang ni dah join kami, memang gamat lah suasana.aizat dengan loyer buruknya semakin menjadi2 pada hari itu dan mimi pun menambah keceriaan kami


kami tiba agak lambat di majlis perkahwinan itu disebabkan pergi membeli hadiah perkahwinan dulu.Kalau tidak, pasti berkesempatan melihat upacara perkahwinan istiadat polis.satu lagi fakta tentang abang arif, beliau baru ditauliahkan sebagai inspektor polis :)


for the first time in life juga, drive kereta manual jauh2, kereta besar lagi tu..kereta antik kesayangan abah, kereta perdana.pergh..mencabar gila..penat aku drive.dan paling lawak, masa nak masuk jalan gajah 10 tu la, ada bukit.tahu2 je la..bab2 bukit ni kan saya fail, sebab tu masa ujian lesen memandu kena re-test ujian bukit dua kali. haha cuak gila..dah la masa tu ada lori tengah tunggu kat belakang, kena hon lagi..tapi bak kata abah..relax..biarkan orang hon :p


saya makan agak sedikit masa kenduri tu dan selepas itu rasa sungguh menyesal sebab suruh makcik yang sendukkan nasi letak satu senduk je. Kuah dalca dia enak sekali.nak tambah lagi..malu pulak dengan mereka..confirm kena bahan lepas tu..jadi simpan saje niat dalam hati


Ini kembar sabir, kak nabila

Dapat banyak goodies.yeah..kami kan tetamu istimewa hehe thanks to sabir's mama and twin sebab layan kami dengan sangat mesra.for the first time in life, datang wedding yang dalam goodies dapat surah yaasin. Alhamdulillah, berkat majlis itu

Part paling seronok, tentulah bergambar. Posing sana, posing sini .aizat jadi jurukamera rasmi kami pada hari itu.Tak sia2 bawa aizat haha


Inilah pengantinnya..oops bukan yang ni....Ini bakal.. :D


Aizat dan mimi buat2 aksi konon kena kahwin paksa.haha comel sekali


Bergambar dengan abang polis yang kacak



Pintu gerbang yang cantik lagi sweet

Friday, October 16, 2009

nyamuk punya pasal, lipas pun jadi mangsa

nyamuk sekarang main membiak menjadi2.Dah lama tak de semburan nyamuk, jadi nyamuk semakin bermaharajalela. Dalam bilik tak de nyamuk tapi dia membiak dengan pesatnya di tempat yang berair bersih , contohnya bilik air

nak mandi pun kena ganggu dengan nyamuk,dah la nyamuk ni skodeng aku..lepas tu kena gigit pulak.. taw la darah aku manis walaupun aku tak minum manis.Nak buang air pun kena gigit nyamuk..arggghhh

geram punya pasal, ambil ridsect..psyhhhhsphyhshshsyhhhhhh ( bunyi spray) sembur kat bilik air...haha puas hati aku !

bila masuk bilik air semula,Aik..lipas pun K.O? maaf la lipas.. jadi mangsa korban sekali he

apa aku merepek ni haaaa