Friday, August 28, 2009

hanya 30 hari setahun tapi tahun ini hanya 29 hari?



ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna


alhamdulillah dah nak masuk seminggu dah kita berada di bulan Ramadhan. Dan rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat datang Ramadhan al-Mubarak, bulan yang paling mulia antara banyak2 bulan, bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang lebih lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul-Qadr.semua orang tahu kelebihan bulan ramadhan, cuma kekuatan dan kezaman yang kuat sahaja yang mampu menjadikan Ramadhan itu satu rahmat dari Allah dan dapat merasai kemanisan iman dan beribadah di bulan Ramadhan



dato' Zaim semangat jual ayam bakar

mula dengan sahur yang penuh barakah (padahal bila ganti puasa tak bangun pun sahur), solat fardu,berzikir, tadarus al-Quran, buka puasa ( antara waktu paling mustajab berdoa), solat terawih dan moreh..aik?kalau iman betul2 kuat, insyaAllah boleh tahajud di malam hari.kalau tak mantap lagi iman, boleh solat sunat 2 rakaat pun dah cukup sebelum sahur



apa2 pun segala amalan baik kita digandakan pada bulan Ramadhan ini.so sangatlah rugi kalau mensia-siakan segala amal di bulan yang mulia ni.even kalau kau pergi tandas dengan niat untuk mendapat keselesaan untuk beribadah, insyaAllah dapat pahala berganda juga.yang penting niat (baca lebih lanjut tentang niat di blog Sabir)

untuk budak2 yang takut hantu, ini adalah bulan yang tiba2 rasa sangat bebas nak pergi tandas tengah malam.tak perlu takut lagi sebab semua setan dah kena ikat.kakak budak pun sudah tak takut lagi he

amalan sunat : banyakkan berzikir, baca al-Quran,buka dengan benda manis (kurma), bersahur, bersedekah walaupun RM1 , memberi orang makan waktu berbuka puasa

catatan ramadhan haziqah.

-hari pertama berbuka puasa bersama keluarga tercinta tapi tanpa adik lelaki kesayangan tapi selepas berbuka puasa.....waaaaaaa....
-hari kedua, keluarga menghantar anak kesayangan pulang ke Terengganu di lapangan terbang KLIA.tapi ditahan semasa pemeriksaan beg sebab dalam beg ada benda tajam haha lepas tu..penat mencari gate mana nak dituju...dalam kapal terbang, yang bukan Muslim dapat makan biskut free.aku melihat dengan penuh berharap ke pramugari(nak jugak satu la wei, makanan free tu ) tapi tak dapat pun T_T



jejaka terhangat UDM ni pun tak ketinggalan meniaga di bazar UDM. sorang meniaga ikan celup tepung (ICT), sorang cikgu yang boleh bertukar2 bidang, bulan puasa ni dia jadi promoter pulak he dan sorang lagi membuat sembusa dengan air tangan sendiri, sedap taw tapi kalau saya buat lagi sedap :D .kalau nak tengok jejaka2 hot ni , meh la datang bazar UDM.oops bulan puasa, sila jaga mata

-hari seterusnya Ramadhan di UDM, bazar UDM lebih crowded dari dahulu sebab student kan sekarang sudah bertambah.tiada orang luar yang datang menjual seperti dahulu kerana H1N1, jadi tak banyak jugalah gerai yang dibuka.ramai pelajar yang mengambil kesempatan mencari sedikit rezeki di bulan barakah ini di bazar, tapi ada juga makanan yang tak dijual lagi..macam donut lembut.semua orang tanya..
-tension dengan serangga angkut-angkut yang sibuk nak buat sarang belakang almari saya.macam mana mahu menghalau serangga itu? dah la saya ni takut dengan serangga seperti itu T_T
-tak perlu risau dengan baju raya sebab sebelum puasa atau lebih tepat lagi, sebelum buka semester hari tu da beli baju raya he
-bulan yang penuh dengan ujian bak kata ama chan. macam2 test dan assignment.tapi saya macam bersemangat nak belajar tapi saya banyak tidur juga.macam mana ni?



-menolong junior2 sains komputer semester 3 mempromosi makanan yang dijual di gerai mereka di bazar UDM.ibadah sebelum berbuka puasa :P mereka menjual desert atau pencuci mulut atau pemanis mulut seperti puding buih, dadih, caramel, cocktail dan tak lupa juga makanan berat sikit seperti nasi lemak, laksa etc.ini senior yang paling tak malu sebab suka menyibuk dengan junior punya aktiviti :D datanglah ke gerai nombor 1 yang diberi nama Nur Ramadhan.ni mesti terpengaruh dengan Nur Kasih budak2 ni.isy2

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Begitu juga, ia mampu menghapuskan segala dosa jika seseorang bertaubat dengan taubat nasuha, seterusnya melakukan ketaatan sebagai ganti (kaffarah) bagi dosa-dosa tersebut.

Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya.


11 comments:

Evi LoLyta said...

hahhahahahhahaaaaa.... :P xpsal2..

Mr PresidenT said...

salam..bagus2..di bulan ramadhan ni marilah kita pertingkatkan amal ibadah dan perbaiki hubungan antara muslim dan muslimah...

p/s: jgn mkn byk sgt nnty baju raya tak muat lak..hehehe (gurau je)

aunieZ said...

EVI LOLYTA - tak pasal2 apa?

MR PRESIDENT - insyaAllah sama2 lah kite memperingati antara satu sama lain
tak makan banyak pun..makan masa buka je so insyaAllah kurus la masa raya he

izzuddin2020 said...

adui jejaka terhangatt?..he, ejat ngan a.sabir memang jejaka terhangat coz diaorang main goreng2.memang hangat!..hehe..

sabir said...

wow bagusnya dia tp gambar makan askrim masa bulan pose xberapa sesuai lapar je tengok

aunieZ said...

IZZUDIN - ahha semua la hangat he

SABIR - gmbr aiskim katne

'Aizat Annur said...

maceh kerana promote ikan,samosa dll...dtgla gerai no.6...mmg jejaka hot spicy kerana asyik main dgn minyak!he3

'Aizat Annur said...

maceh kerana promote ikan,samosa dll...dtgla gerai no.6...mmg jejaka hot spicy kerana asyik main dgn minyak!he3

aunieZ said...

'AIZAT - sama2 kita saling tolong mnolong di bulan ramadhan sbagai salah satu cara beramal jariah he dah2 jgn perasan lebih2 :p

ZARA MUSTAFA said...

sonoknye bazar kat udm. bazar kat upm x best sgt.huu.

aunieZ said...

ZAHIRAH - ye ke..i tot kat upm sure lg best huhu

Google